Hamas Pejuang Barat dan Israel


B enarkah Hamas memperjuangkan rakyat Palestin dan Islam di Gaza? Tidak ramai yang mengetahui bahawa Hamas adalah sebuah pertubuhan yang dikawal oleh Israel, di dalam erti kata lain, Hamas sebenarnya adalah pertubuhan Islam ciptaan Israel bagi melengkapkan misi menakluk seluruh tanah Palestin. Di dalam sedar dan tidak, dunia mengetahui bahawa Israel tidak pernah mahukan perdamaian, mereka hanya mahukan keseluruhan Palestin walaupun terpaksa untuk mengorbankan orang awam, itu termasuk wanita dan kanak-kanak seperti yang kita lihat kepada konflik di Gaza sekarang.

Jadi, apa peranan Hamas untuk mengaitkannya sebagai tentera sayap bersekutu Israel? Sebelum kita mengaitkannya dengan Israel, adalah lebih baik kita lihat sejarahnya terlebih dahulu. 

Penglibatan dari Barat menaja keganasan Islam bukanlah perkara baru. Selepas kejatuhan Empayar Khalifah terakhir Uthmaniyyah pada tahun 1924, British dan Amerika telah memainkan peranan dengan 'mencipta' pemimpin "Islam" versi mereka sendiri dan akan memusnahkannya apabila tiba masanya. Sebagai permulaan, mereka mencipta Ikhwanul Muslimin melalui geran dari pihak British.

Di bawah tajaan British, Ikhwan satu ketika dahulu merupakan satu kuasa yang kuat di dunia Islam, tetapi di dalam masa yang sama, hampir setiap tindakan keganasan diseluruh dunia diperjuangkan atas nama Islam. Lebih tepat lagi, Ikhwan telah menjadi 'alat' yang dikongsi oleh banyak agensi perisikan Barat, bermula dengan Nazi, diikuti oleh CIA, beserta Rusia, Perancis, Jerman dan Israel khususnya. 

Sejak Truman dan pentadbiran Eisenhower, Ikhwanul Muslimin telah digunakan untuk menghimpunkan umat Islam yang terpedaya dengan perjuangan di bawah panji-panji Islam. Selepas era perang, Amerika di lihat telah 'menguruskan' Ikhwan seperti penjenayah yang dipenjarakan untuk menjaga "ancaman Komunis ateis" di teluk. 

Bagaimanapun, selepas Perang Dingin berkakhir, Ikhwan telah digunakan untuk menjadi "ancaman," bagi meneruskan misi selanjutnya dengan menawan Timur Tengah dan Asia Tengah, bermula dengan Iraq dan Afghanistan.

Hubungan yang panjang di antara Israel dan Ikhwanul Muslimin telah memainkan peranan yang penting di dalam penubuhan cabang organisasi, iaitu Hamas.

Bermula pada tahun 1967 sehingga lewat 1980, Israel telah membantu Ikhwanul Muslimin menubuhkan wilayahnya sendiri untuk diduduki. Ia mambantu Ahmed Yassin, pemimpin Ikhwan dalam mewujudkan Hamas, dengan mencerminkan karakter Islam, ianya akan dapat membantu untuk melemahkan PLO [Pertubuhan Pembebasan Palestin].

Menurut Charles Freeman, bekas duta Amerika di Arab Saudi, "Israel telah mencipta Hamas. Ia merupakan satu projek Shin Bet [agensi perisikan domestik Israel], yang berharap bahawa mereka boleh menggunakannya untuk menjatuhkan PLO."

Salah satu aspek di dalam strategi itu adalah kejadian 'Village Leagues', di mana Yassin dan Ikhwan telah memberi pengaruh yang banyak. Israel telah melatih kira-kira 200 ahli-ahli Liga dan merekrut ramai pemberi maklumat.

Dari sudut politik, fundamentalis Islam dianggap sebagai berguna untuk kepentingan Israel, kerana konflik di antara mereka dengan penyokong sekular itu. Pertempuran di antara dua kumpulan tersebut akan meletus sekali-sekala di kampus-kampus unversiti Tebing Barat. Gabenor tentera Israel berkata, dia telah membiayai pergerakan Islam untuk mengimbangkan PLO dan pihak Komunis. Kerajaan Israel juga memberikan mereka bajet dan mereka pula menyalurkannya kepada masjid-masjid.

Semasa tahun 1980-an, Ikhwanul Muslimin di Gaza dan Tebing Barat tidak menyokong penentangan terhadap penjajahan Israel. Kebanyakkannya pula berjuang melawan PLO, terutamanya puak sayap kiri, di kampus-kampus universiti.

Selepas pemberontakan Palestin pada tahun 1987, PLO menuduh Hamas dan Yassin bertindank "dengan menyokong secara langsung rejim reaksioner Arab, dalam pakatan sulit penjajahan Israel.

Yasser Arafat pula melaporkan kepada akhbar Itali: "Hamas adalah ciptaan Israel, semasa Perdana Menteri Shamir memimpin, mereka telah memberikan wang kepada lebih 700 institusi, antaranya sekolah, universiti dan masjid."

Arafat juga menegaskan bahawa Perdana Menteri Israel Rabin mengaku di hadapan Hosni Mubarak bahawa Israel menyokong penuh kepada Hamas.

Untuk menjejaskan proses damai sentiasa menjadi agenda sebenar Hamas. Ini kerana setiap kali perunding Israel dan Palestin bertemu bagi mancapai keamanan, maka di situ Hamas akan memainkan peranan dengan tindakan keganasan dengan menyerang Israel lalu merosakkan proses perdamaian berkenaan. Israel pula akan membalas serangan Hamas dengan mendakwa kepada dunia bahawa Israel bertindak kerana mempertahankan diri.

Sesetengah Penganalisis berpendapat bahawa Israel kerap menggunakan strategi lama dengan menggalakkan Hamas untuk menyerang dan ketika pemimpin Hamas dipersalahkan, Israel akan menyerang Palestin dan memastikan kemusnahan muktamad, selain memadamkan semangat nasionalisme Palestin untuk selama-lamanya.

Kesimpulannya, samada Ikhwanul Muslimin atau manifestasinya seperti Hamas, Al-Qaeda dan Osama bin Laden, hanyalah berfungsi sebagai pengganas dan ancaman kepada Barat dan Israel, sentiasa digunakan sebagai alasan untuk menghapuskan Islam secara teorinya dan mewujudkan kebencian dunia kepada umat Islam secara total. Kerana di sebalik semua retorik mengenai ancaman politik Islam, tanpa pengetahuan orang ramai, manipulasi Ikhwanul Muslimin di seluruh dunia merupakan tulang belakang kepada dasar luar Amerika.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top