Hari Kemerdekaan Ukraine - Pemberontak Turut Berarak

Ukraine meraikan hari kemerdekaan pada hari Ahad [24.08.2014] lalu dengan perarakan tentera-melintasi Kiev berhasrat untuk menghantar mesej kepada Rusia, tetapi pemberontak pro-Moscow membalas dengan perarakan - tawanan perang tentera Ukraine di depan orang ramai melalui pusat Lenin Square di bandar ini.

Canselor Jerman, Angela Merkel, yang berkunjung ke Kiev pada hari Sabtu sehari sebelum hari kemerdekaan bagi urusan perdamaian dijangka tidak akan menghasilkan kejayaan.

Ukraine cuba untuk menghancurkan pro-Moscow [pihak pemberontak] di timur Ukraine pada Ahad lepas, dengan tembakan meriam boleh didengar dari kubu utama pemberontak di Donetsk.

Sebahagian daripada tentera yang berarak pada hari kemerdekaan, telah dihantar ke timur Ukraine, kata Poroshenko.

Dalam ucapan yang penuh emosi, beliau berkata negara telah berjuang "berperang dengan penceroboh luar, demi Ukraine, untuk kebebasan, demi rakyat, kemerdekaan".

"Adalah jelas pada masa hadapan, dan malangnya, ancaman ketenteraan ini akan hancur di tangan Ukraine. Dan kita perlu belajar bukan sahaja untuk hidup seperti ini, tetapi juga untuk sentiasa bersedia mempertahankan kebebasan negara kita," katanya.

Poroshenko telah mengumumkan kira-kira $3 bilion akan di belanjakan untuk melengkapkan semula tentera pada 2015-2017. Angkatan tentera Ukraine adalah hanya sebahagian kecil daripada saiz mereka di Rusia.

Selepas presiden Ukraine sebelum ini, Viktor Yanukovych, melarikan diri ke Rusia, Moscow telah menawan Semenanjung Crimea Ukraine pada bulan Mac dan bahagian timur pula melalui tentera pemberontak.

Ukraine dan sekutunya, pihak Barat [Amerika], telah menuduh Moscow membekalkan senjata dan tentera secara rahsia ke timur Ukraine bagi menyokong dan memperkuatkan barisan pejuang pemeberontak, namun Rusia menafikan tuduhan tersebut. Rusia mengarahkan gencatan senjata dilakukan untuk memberi bantuan kepada orang awam yang terperangkap.

Pada hari Ahad, hari yang sama Ukraine meraikan hari kemerdekaan, pihak pemberontak berkawal - melintasi Lenin Square bersama tawanan perang tentera Ukraine di hadapan orang awam.

Mereka kelihatan kotor dan tidak bercukur, serta menundukkan kepala ketika mereka melintasi orang ramai. Sesetengah daripada mereka berbalut di lengan dan kepala.

Orang awam yang datang untuk melihat perarakan pihak pemberontak menjerit "fasis!" dan "pembunuh!" dan beberapa orang membaling botol dan telur kepada tawanan perang.

Sebelum itu, pada hari Sabtu, sebutir peluru meriam telah mengenai salah satu hospital terbesar di Donetsk. Pihak berkuasa di Kiev menafikan telah mensasarkan kawasan awam.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top