Hukuman Ke Atas Suarez Dikekalkan CAS

Luis Suarez

Hukuman empat bulan ke atas penyerang Uruguay dikekalkan, walaupun beliau telah menjalani latihan bersama kelab baru disertainya Barcelona.

Luis Suarez telah membuat rayuan terhadap hukuman yang melarang dirinya dari bermain di dalam semua perlawanan utama yang melibatkan negara dan kelab oleh persatuan bola sepak dunia FIFA, tetapi telah ditolak oleh Mahkamah Timbangtara Sukan, dan hanya dibenarkan untuk berlatih bersama Barcelona.

Beliau diharamkan oleh Fifa daripada semua aktiviti bola sepak selepas menggigit Giorgio Chiellini dalam perlawanan Uruguay dan Itali pada Piala Dunia Jun lalu.

CAS telah membuat keputusan bahawa Uruguay dibenarkan untuk terus bermain, walaupun Suarez didapati bersalah kerana menggigit pemain pertahanan Juventus tersebut.

Beliau dijangka kembali bermain di atas padang pada 26 Oktober 2014, sehari selepas Barcelona dijadualkan bertemu Real Madrid. Walau bagaimanapun, Suarez mungkin berpeluang untuk beraksi pada perlawanan Clasico itu jika saluran TV negara tersebut menukar jadual perlawanan tersebut kepada hari Ahad.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top