Antaranya adalah bantuan dari segi barangan, dikumpulkan oleh kariah masjid dan surau, dan juga perwakilan bebas di setiap daerah dan negeri di seluruh Malaysia. Ada juga yang pergi menyumbangkan tenaga untuk membersihkan kawasan-kawasan yang telah dilanda musibah dan ujian dari Illahi ini, semoga rezeki dan urusan anda juga dipermudahkan oleh-Nya kelak.
Terima kasih juga kepada hamba-hamba Allah yang telah membuat solat hajat selepas selesai solat jumaat, diharap dengan hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini akan menyedarkan dan ambil iktibar untuk dijadikan rujukan dan pedoman kita semua umat islam dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Dan bagi mangsa-mangsa banjir pula, diharapkan bersabar dengan ujian dari Allah S.W.T ini.
Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) dibuka dari 24 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015 untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
Dengan menggunakan SMS, hanya taipkan perkataan BANJIR serta amaun yang anda ingin derma, contohnya BANJIR 5 (BANJIR jarak 5) untuk derma RM5 (Lima Ringgit) dan hantarkan kepada 13999. Amaun-amaun yang boleh diderma adalah seperti berikut: RM1, 3, 5, 10, 15, 20, 30, 40 atau 50.
Terima kasih kerana menderma! Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.
RM0.50 akan dikenakan bagi setiap SMS. Apabila anda sudah menderma, anda akan mendapat kiriman SMS seperti berikut -
RM **.00 (jumlah amaun yang telah didermakan oleh anda) : TKKMM : Terima kasih atas sumbangan anda. Ianya akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.
Untuk pengesahan maklumat yang lebih terperinci sila layari laman web SKMM dan juga untuk semakan jumlah kutipan banjir juga ada di laman web SKMM.
Sila layari : http://sms13999.skmm.gov.my/ untuk mengetahui bilangan terkini jumlah tabung bantuan Mangsa Banjir.
p/s - Adalah sangat mudah untuk anda menyebarkan cara untuk menderma melalui SMS ini, ya tidak semua dapat menghulurkan tenaga dek kerana kekangan kerja dan sebagainya, jadi ambillah inisiatif seperti kongsi di laman sosial anda seperti Facebook, twitter , Blogger dan bermacam lagi laman sosial yang ada, terima kasih ya . - pesanan ikhlas khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh Red Mafla Blog.
Perbezaan kutipan selepas 2 jam sebanyak RM 742.00
Blogger
Facebook
Twitter
*Alex Ender*
0 Comments:
Post a Comment