Fakta Mengenai Skim "Multilevel Marketing"



Aku pasti kamu semua pernah merasai pengalaman didatangi kenalan atau saudara mara dan meyakinkan kamu untuk menyertai skim terbaru yang akan menjadikan kita jutawan, malah kalau kamu seorang yang malas untuk menaja "downline" pun kamu juga mampu memandu kereta jenama BMW atau Audi. Biarpun ada di antara kita tahu kebanyakkannya hanyalah "scam", tetapi oleh kerana dihimpit dengan pelbagai masalah kewangan, mereka telah melihat skim tersebut adalah penyelamatnya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa syarikat MLM ini masih wujud dan mempunyai reputasi yang cemerlang di pasaran, seperti contoh Amway dan Herbalife.


Terdapat Kelemahan Undang-undang Yang Menyebabkan "Mereka" Ini Terus Wujud


Sistem MLM adalah yang paling hampir dengan sistem piramid, tetapi yang membezakannya adalah dengan menjual produk berbanding kita harus menaja ahli baru. Sistem piramid ini bergerak dengan membenarkan ahli untuk menjual barangan produk dan menaja ahli yang baru yang juga turut bertindak sebagai penjual produk secara langsung. Mereka ini digelar sebagai "downline." Setiap komisyen yang diperolehi melalui jualan produk dari "downline" akan dibahagikan bersama orang yang menaja dan penaja atasan mengikut peringkat mereka.

Aturan sistem ini dipanggil sebagai skim piramid kerana individu yang paling atas akan mencari individu lain untuk menjadi penaja di bawahnya dan penaja baru tersebut akan mencari lagi bagi tujuan yang sama sehinggalah seterusnya. Untuk mengenali adakah mereka ini benar-benar tulen, lihat kepada model perniagaannya, jika mereka ini menumpukan kepada pencarian ahli untuk menjana pendapatan, kamu boleh mengandaikan syarikat itu telah menggunakan sistem piramid sepenuhnya.

Bagi perniagaan yang menggunakan model seperti yang disebut di atas, ianya adalah salah disisi undang-undang. Agak mengelirukan juga bukan? MLM dan skim piramid adalah hampir sama iaitu dengan peluang yang dibuka kepada ahli baru yang begitu ramai, menjanjikan kekayaan dan pangkat mengikut kepada kerajinan dan kemampuan kamu. Secara teknikalnya, sistem atau model perniagaan MLM telah direka melalui ruang kosong yang membolehkan ianya melepasi undang-undang yang menghalang kepada skim piramid kerana hasil pendapatannya adalah melalui jualan produk dan bukan dengan mencari ahli yang baru.

Kebiasaannya perniagaan seperti ini kita akan memanggilnya sebagai "multilevel marketing," atau juga dipanggil sebagai "network marketing" dan "direct sales." Terdapat beribu syarikat yang menjalankan perniagaan seperti ini, tetapi yang agak terkenal adalah Amway. Amway bagaimanapun dilabelkan sebagai syarikat yang sah kerana mereka lebih menumpukan kepada jualan produk berbanding mancari ahli baru. Tetapi betul ke?

Bagaimana pula dengan faktor dan aspek pengiklanan mereka, dengan mendakwa kamu boleh menjana pendapatan yang lumayan hanya dengan bekerja dari rumah, bersara lebih awal dan bermacam-macam lagi slogan yang sudah biasa kita lihat di dalam kertas iklan atau di dalam internet dengan slogan yang sama dengan syarikat "multilevel" yang lain.

MLM Tidak Stabil


MLM akan kekal memperolehi keuntungan dengan memastikan akan ada setiap ahli baru yang akan menyertai, dan berterusan menyalurkan kewangan kepada penaja atasan dan syarikat. Bagaimana jika sudah tiada individu yang menyertainya lagi? Lihat contoh seperti ini; bayangkan jika di dunia ini hanya mempunyai tujuh orang sahaja, dan bermula dengan seorang sebagai pemula sehingga kepada orang yang terakhir iaitu yang ke tujuh. Maka kesemuanya telah menyertainya dan berada di dalam satu rangkaian, maka bagaimana untuk menjana pendapatan jika sudah tiada lagi yang mneyertai dan membeli produk?

Jika kamu meletakkan contoh di atas kepada kehidupan sebenar dengan mengira jumlah penduduk dunia, keputusannya adalah tetap sama. Kita mengandaikan bahawa setiap penaja harus mencari 10 atau lebih individu untuk menyertai skim ini bagi mendapatkan keuntungan, dengan kitaran ke-sembilan, kamu memerlukan 10 billion manusia, iaitu lebih banyak daripada jumlah penduduk bumi yang ada ketika ini pada tahun 2015.

Dalam keadaaan ini, pasaran akan menjadi tepu dengan terlalu banyak orang yang cuba untuk menjual produk yang sama. Manakala individu yang kita gelarkannya sebagai yang terlewat iaitu di rangkaian bawah akan tersangkut lebih awal dari yang kita jangkakan, sedangkan individu yang berada di rangkaian atas atau yang lebih awal telah pun membuat keuntungan yang lumayan dengan mengumpul komisen dan yuran daripada ahli-ahli bawahan mereka. Ini bermakna rangkaian di atas akhirnya menjadi kaya daripada kegagalan orang-orang di bahagian bawah. Yang paling teruk adalah syarikat tersebut telah menutup operasinya dan kita meneruskan usaha dengan mencari skim piramid yang baru. Bagaimana pula dengan pemilik syarikat tersebut? Kamu sendiri ada jawapannya.

[Database]

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top