Dah Aku Punya Nama Macam Tu, Nak Buat Macam Mana! - Red Mafla Blog

Setelah empat kali nama akaun peribadi Facebooknya ditolak, akhirnya tuan punya badan bernama Phuc Dat Bich membuat keputusan untuk membuat laman Facebooknya sendiri bagi mendapatkan sokongan orang ramai bahawasanya Phuc Dat Bich adalah nama beliau yang sebenar dan sah di sisi undang-undang!.



Ada juga yang tidak percaya bahawa itu adalah nama beliau yang sebenar, malah ada yang berpendapat beliau hanyalah buat jenaka dan paling sadis beliau dituduh namanya adalah palsu!. Ya, hanya orang asia sahaja yang sudah biasa dengan nama-nama yang dianggap 'pelik' dan 'jenaka' bagi mereka di sebelah barat, tidak pelik jika nama kita seperti Tom, John , Larry ataupun Mary.




Menurut beliau lagi, jika halaman Facebooknya mencecah sehingga 10'000 orang yang menyukainya, beliau akan sama-sama membantu bagi untuk menyebut dengan betul nama-nama mereka yang 'pelik' bagi mereka.




Phac juga menyatakan bahawa dia amatlah berterima kasih dan sangat gembira kepada mereka yang menyokong kepada mereka yang berkongsi status luahan hatinya untuk mendapatkan profil peribadi Facebook menggunakan namanya yang sebenar. Baginya kita hidup dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, maka tidak hairanlah dan perlu menjadi isu yang serius untuk didedahkan.



Sungguhpun beliau agak rasa semua ini menjengkelkan, tetapi dalam masa yang sama beliau juga rasa gembira kerana dapat membuat orang lain ketawa dan gembira. Ada lagi nama-nama lain dimana penggunaan bahasa mereka kedengaran 'lucah' dan 'mencarut' , kalau bab nak membahan nama orang carut-carut ni suka jelah, cuba kena batang hidung sendiri baru ada akai , hehehe.



 carian nama Phuc Dat Bich

Nah, percaya ke tak phuc ni memang nama biasa bagi mereka warganegara asia okay! hehehe, anda nilaikanlah sama ada si polan ni 'troll' ataupun memang nama beliau yang sah! #bringbackPhucDatBich

#matapanda sedar tak sedar


*Alex Ender*

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top