Suka bawak lambat, terlalu perlahan, sibuk main telefon bimbit, sibuk bercinta sibuk apa lagilah pun tak tau, dah 16 jam mengadap telefon bimbit masih tak puas-puas lagi, elok rebus makan #bak kata orang-orang tua zaman dulu-dulu. Kalau kena marah mesti kena bebel macam tu #terkebil kebil ! Lepas tu bila orang cucuk dekat lagilah dia perlahan, konon orang tu pula dikatanya sibuk nak main cucuk-cucuk ? #fakta perangai pemandu Malaysia kan?.
Kalau lagi perlahan dan beri tanda-tanda nak bagi laluan potong boleh terimalah juga, tapi adakalanya dia pedajalnya kita, bila kita nak potong, dan-dan pula dia tekan minyak, Asataghfirullahala'zim, ni bukan teruk tapi sangat jahat perangai, ingat ya, balasan atas jalan adakalanya cepat je kena semula pada kita, tak sampai 50 meter pun dah kena balik, ingat tu! #istighfar banyak-banyak.
Kalau dah tau lalu tol, sediakanlah duit secukupnya, ini waktu nak bayar barulah terhegeh-hegeh nak keluarkan duit, mujurlah bayar tol terkini digalakkan dan juga akan dikuatkuasakan sepenuhnya menggunakan kad tambah nilai, kalau tak lagi lamalah nak tunggu #laluan kad tambah nilai pun sama je sesaknya sekarang ni, pening di buatnya.
Malas nak tukar lampu rendah apabila berselisih dengan sebiji kereta, tak kisahlah sebiji dua sahaja ke, tukarlah, fikirlah orang lain ada yang silau malam teruk tau.
*Gambar Hiasan*
Jika ikut belakang, tak direndahkan lampu tinggi, kita yang silau ni terpaksalah tunduk daripada cermin pandang belakang, saya tahu ada yang laraskan lampu tinggi sebelah, tapi janganlah tinggi sangat ya, terima kasih #senyum
Penunggang motosikal suka main hon, tujuannnya bagus tidak mahu berlakunya perkara yang tidak diingini, tapi kalau dah kat celah-celah kereta kau boleh pecut sampai 180km apa kehalnya ? Pemandu kereta dahlah menghadap sesak nun dari Selayang sana, sampailah ke nun Sungai Besi lagi nak hadap, kami pemandu kereta pun penat juga bang, bayar tol lagi, kami pun bayar cukai jalan juga,hehehe.
Tapi yang paling bahaya adalah waktu malam dan diselangi dengan hujan, kadang-kadang kalau nak masuk ke lorong lain kena buka tingkap lap sikit cermin sisi, sebab memang tak nampak penunggang motosikal ni, fikirlah ya, ada orang rabun malam. #jangan nak kata bukan-bukan ya, kena tarik nikmat nanti baru tau #senyum
Suka potong barisan, sama ada di jalan sesak ataupun di lampu isyarat, bila ada pemandu lain tidak mahu bagi laluan, baru kau tahu kan, kau yang potong barisan, teruknya lahai perangai.
Bagi penunggang motor besar, bukalah lampu dua-dua, adakalanya tidak nampak, tau-tau je dah sampai, padahal dah bagi lampu isyarat awal dah, itupun kena jeling juga; lagi pula jika situasi tu waktu maghrib, waktu perubahan cuaca nak ke maghrib ni adakalanya dalam situasi keliru, almaklumlah maghrib ni kan waktu puncak bagi si pak setan-setan ni, kita pun tak minta nak mengadap jalan sesak sampai ke mahgrib, almaklumlah kita hanya mampu merancang.
Jika orang lain dah bagi laluan, ataupun dah bagi masuk simpang, angkatlah tangan, kalau sempat bagi lampu tanda terima kasih, bukan susah pun kan, bila kita mengalah dan berterima kasih, percayalah insha'Allah urusan kita di atas jalan raya juga pasti mudah.
Saya juga penunggang motosikal, jenis RXZ tahun 1985, saya kalau masuk simpang terutamanya di bulatan pun hulur tangan diselangi dengan lampu isyarat sudah pasti, kenapa nak malu ? janji selamat!
Lori pula bila waktu dia tiada muatan, bukan main laju cucuk angin dekat je, seriau betul di buatnya, taulah kejar muatan seterusnya, tapi fikirlah orang lain pun cari makan juga. #senyum
Selain daripada di atas jalan raya, sedikit ingin saya tambahkan di sini, sikap pemandu dan penunggang yang suka meletakkan kenderaan sesuka hati, ada yang sampai betul ngam-ngam atas garisan dan paling teruk dia ambil sekali dua tmpat letak kenderaan ? dah kenapaaa ?, ada yang suka menghalang, ada juga dah terang-terang itu tempat letak kereta sahaja, tapi penunggang motosikal ni ikut dan dia je,hasbol je letak motosikal dia! pemandu kereta pun buat perkara yang sama!,hehe.
Jikalau di jalan mempunyai dua lorong sehala, ataupun di atas lebuhraya, janganlah dok bawa perlahan di lorong laju, dan juga sentiasa peka terhadap kereta yang berada di belakang. Bagi kereta yang sudah sedia ada di lorong laju biasanya tidak suka tekan brek, terpaksa main lampu, adakalanya dah main lampu dia buat tak tau je ?;memang menjengkelkan! sombong teruk! ;
dan juga bagi yang sudah kelajuan maksima di lorong laju, janganlah cepat sangat nak bagi amaran melampau, bagi masa kepada kereta di hadapan supaya dia tidak tergesa-gesa untuk menukar lorong, pernah terjadi di hadapan mata saya, pacuan empat roda kan laju, tau-tau je dah sampai, terkejut orang depan tu naik kenderaan 660 cc je, dalam keadaan tergesa-gesa nak tukar lorong, 'blind spot' tak beberapa jelas agaknya, hampir terlanggar kenderaan sebelah dia, isk-isk tak patut betul, janganlah sombong sangat ya, ingat tu.
Suka 'bakar line' , kereta baru bikin katanya, nak cuba enjin bersin, di cucuk dan dia acahnya kereta lain, ada kes sampai kemalangan!😎
Baiklah, kesimpulannya siapa yang lebih menjengkelkan ? lelaki ? buzz! perempuan ? buzz! Tak perlulah tunding situ sini, sebab empat lagi jari balik semula kepada diri sendiri hehehe. Dan juga kalau yang buat silap tu orang yang dah tua bawa kenderaan, bagilah muka sama mereka, kesian dah tua pun masih bawa kereta sendiri lagi, jadilah insan yang prihatin ya, peringatan untuk diri saya juga. #senyum lagi satu kali!
Apa-apapun janganlah sesekali kita semua lupa baca doa naik kenderaan, 'power' tu! Jangan marah ya, terimalah dengan hati yang luas terbentang, tiada siapa yang sempurna zaman sekarang ni kan. Semua orang ada 'panasnya' tersendiri kan, sabar ya tuan puan!
sumber gambar bacaan doa
p/s- bukan tujuan hamba nak merojakkan bahasa, cuma jika menggunakan ayat pasar mesej tu sampai, biasalah bukan senang nak sampaikan melalui penulisan, lagi pula macam saya, hanya sekadar ingin bagi 'tune' posting pertama, nanti dah biasa baca penulisan saya nanti barulah saya cuba bakukan sepenuhnya, terima kasih #senyum
Alex Ender
0 Comments:
Post a Comment