Pemandu/Penunggang Lelaki Atau Wanita Yang Lebih Menjengkelkan ? [1]

Salam semua, diharap sihat-sihatlah kita semua ya, memandangkan blog Red Mafla cuba mempelbagaikan topik santai dan video, jadi kita cuba mengisi ruang untuk topik tempatan yang berkaitan dengan luahan kehidupan seharian kita, mari teruskan membaca!

Elok rupa, elok penampilan, elok juga sifatnya, tapi bila berada di atas jalan raya, semua yang elok-elok tu hilang #fakta pemandu di Malaysia. Hakikatnya apabila berada di atas jalan raya, itulah tempat yang paling sesuai nak tunjukkan diri 'kita' yang sebenar, termasuklah penulis #faktasendiri.


Berikut adalah 18! senarai sikap-sikap yang menjengkelkan pemandu-pemandu di Malaysia-


Masuk simpang tidak memberi lampu isyarat kiri ataupun kanan, sangat bahaya terutamanya bagi penunggang motosikal, tidak hairanlah banyak kereta di Malaysia ni kemik di bahagian tepi baik kiri ataupun kanan. Pergi Jabatan Pengangkutan Jalan buanglah lampu tu ya #senyum

Suka behenti secara tiba-tiba dan bagi lampu isyarat nak masuk simpang pada saat-saat terakhir, 'cmmon brador and sistah' , biarlah terlajak buat pusingan u daripada jadi hal langgar belakang kan; kan ke dah menyusahkan orang lain. Dah tau simpang tu dah nak dekat, tak tahu simpang mana, pakat perlahankan kenderaan anda, bukannya laju semacam tahu jalan yang hendak dituju.

Suka main telefon bimbit bila tiba di lampu isyarat, lepas tu jalan lambat, lagi pula lampu isyarat tu alahai berapa saat sahaja dah merah! .Agak-agaklah perangai abang-abang,akak-akak,pakcik-pakcik,makcik, fikirlah orang belakang ye, nak taknak kena 'main cucuk dekat', sebab nanti kena tunggu lagi lampu isyarat, dahlah nak kejar masa pula tu! Allahuakbar sabar jelah ye!.


*Gambar Hiasan*
Keluar simpang secara melulu, dia main 'swing' je, sakit jiwa dibuatnya, ini paling ramai juga yang suka buat, punyalah malas nak berhenti tunggu giliran, bukannya waktu sesak, kalau waktu sesak memanglah kena keluar sedikit demi sedikit, kiranya hulur kepala kereta, kalau tak berejamlah kalau tak buat macam tu.

Waktu kita lampu hijau, dia main masuk je jalan kita, walhal kalau lampu hijau kan ramai yang tengah tekan minyak, fikirlah sikit kan, apalah perangai, tak faham betul!

Kalau jalan sesak, tidak mahu bagi laluan pada pemandu yang lain, dasar pentingkan diri sungguh ini orang, ambil lesen kan? Jadi mengalahlah selang satu kereta, jangan bagi sampai sepuluh biji kereta konon baik hati sangat, marah orang belakang nanti hehehe...

Suka keluar simpang secara berhimpit-himpit sewaktu jalan sesak, ini selalu kita jumpa bila pulang dari kerja, biasanya dalam bandar, abang-abang , akak-akak, sabarlah ya, orang lain pun penat juga, keluarlah secara beselang satu kereta, bukannya sekali berhimpit-himpit, lagilah bertambah sesak.

Apabila dia buat salah, secara tidakk langsung memang kena bagi honlah kan, tapi buat muka tak bersalah , tak angkat tangan malah ada juga dijegilnya kita semula ? Paling teruk perangai budak-budak baru nak up naik kereta ramai-ramai, dia punya berlagak macam dunia ini ana yang punya!. 

Sentiasalah beringat ya, tak kena hari ni, akan datang, suatu hari nanti kau dah kahwin, waktu tu kau dah tua terkena pada kau pula baru kau nak 'eh' ke ? lambattt!!!, tak pun tempias pada keluarga kita, ingat tu! #senyum!


Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top