Rekabentuk Kereta Menggunakan Pencetak 3D

Jika sebelum ini kita sudah biasa melihat pencetak objek 3D membuat patung permainan dan pelbagai objek yang bersaiz biasa. Pernahkah kita terfikir untuk membuat pencetak 3D yang lebih besar seperti sebesar sebuah kereta? Akhirnya, sebuah syarikat permotoran, Local Motors, telah berjaya membangunkan sebuah mesin pencetak 3D yang mampu mencetak kereta.
Model Strati

Kereta konsep cetakan 3D yang dibangunkan oleh syarikat ini sangat mengagumkan, tetapi masih terlalu jelas ianya masih lagi di dalam peringkat percubaan. berpandukan kepada model Reanult Twizzy drivetrain, ianya hanya mampu untuk 40 batu sejam atau labih sedikit, tetapi ia tetap membuktikan bahawa idea tersebut masih lagi releven. Untuk kereta model pertama, Strati, beratnya adalah lebih sedikit daripada Twizzy, namun teknologi ini amat mengujakan bagi masa depan bidang permotoran.

Kereta terbaru yang dicetak telah diberi nama sebagai LM3D Swim, dan direka oleh salah seorang ahli komuniti Local Motors, bernama Kevin Lo. Sebanyak 75% Swim dibina menggunakan cetakan 3D, ini bermaksud badan kereta dan panel chassis. Dari rekabentuk sehingga lengkap dan siap, kereta 'prototype' ini telah mengambil masa hanya dua minggu, dengan rekabentuk yang lebih sempurna iaitu mempunyai bumbung, sermin, dan sentuhan dalaman.


Model LM3D Swim
Tidak lama lagi kita akan melihat satu lagi perubahan kepada sektor permotoran, di mana kita akan membeli 'chassis' dan mencetak badan kereta mengikut rekabentuk ilham kita sendiri. Atau mungkinkah ini adalah pemangkin kepada teknologi kereta yang mampu dipandu terapung. Siapa tahu...














[Database]

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top