Kisah hantu dan cerita-cerita misteri berkaitan hantu sememangnya telah melekat dengan kita dan mempunyai peminatnya sendiri. Pada zaman moden kita ini kisah hantu kadang kala menjadi bahan jenaka dan ramai yang tidak percaya kepada kewujudan hantu ini. Tetapi bagi manusia yang hidup pada zaman dahulu telah menganggap hantu adalah wujud, sangat berkuasa, dan mampu untuk membunuh manusia. Selain daripada memburu mangsa, hantu-hantu pada zaman dahulu ini jugak mampu untuk membuat manusia menjadi sakit dan seterusnya mati kerana sumpahan hantu tersebut. Ada juga hantu-hantu ini telah dihantar oleh manusia kepada mangsa dengan pelbagai alasan, terutamanya dendam.
Jenis-jenis hantu yang aku senaraikan ini adalah antara yang menakutkan menurut sumber dari orang terdahulu dan jujurnya aku juga pernah melalui pengalaman bertemu dengan pelbagai jenis hantu sepanjang hayat aku ini, tetapi kisah aku itu akan aku ceritakan pada artikel akan datang.
[7] Hantu Galah
Sesuai dengan namanya hantu galah, hantu ini dikatakan sangat tinggi hingga kepalanya pun kita tidak akan nampak jika mendongak untuk melihatnya. Jika ia mahu mengusik, hantu galah ini akan menampakkan dirinya sebagai manusia biasa dan akan meninggikan dirinya di hadapan kamu secara terus tetapi tidak berbahaya kepada manusia. Ada juga yang percaya jika kita bersahabat dengan hantu galah, kita dibenarkan untuk mencabut bulu kakinya dan membakarnya jika mahu memanggil hantu tersebut.
Bonus:
Ada sebuah kisah yang dikongsikan dengan aku oleh seorang isteri rakan yang tinggal di Melaka yang pernah terserempak hantu galah ini di lebuh raya utara - selatan, Plus, iaitu di antara persimpangan Seremban dan Ayer Keroh 7 tahun lalu.
Ketika itu beliau memandu berseorangan dari Kuala Lumpur menuju balik ke rumahnya di Melaka lebih kurang jam 1 pagi. Beliau melihat banyak kereta berhenti di bahu jalan dan mereka semuanya memandang ke atas. Tanpa memikirkan perkara lain selain dari kemalangan jalan raya, beliau turut berhenti dan bertanya kepada mereka apa yang sebenarnya telah berlaku, dan apa yang memeranjatkannya adalah apabila diberitahu bahawa mereka sedang melihat kaki hantu galah. Erkkk!! Betul ke?? Isteri rakan aku itu turut mengakui beliau juga melihatnya dengan matanya sendiri.
[6] Hantu Bungkus
Hiasan |
Hantu bungkus atau dipanggil juga dengan nama hantu pocong dan hantu punjut ini antara yang paling seram jika terserempak dengannya. Menjelma dengan kain kafan putih di seluruh tubuh kecuali mukanya yang terdedah. Di ceritakan oleh orang terdahulu dan mangsa yang mempunyai pengalaman pernah terserempak, cara hantu bungkus ini bergerak adalah dengan dua cara iaitu melompat atau pun bergolek. Mampu bergerak (melompat atau bergolek) dengan kepantasan kamu melarikan diri. Kiranya tengok nasib lah bagaimana caranya mereka bergerak jika kamu terserempak dengannya. Hanya mengusik kepada manusia yang mempunyai lemah semangat dan tidak berbahaya kepada manusia.
[5] Hantu Air
Hiasan |
Hantu air atau juga dipanggil sebagai hantu laut adalah sejenis hantu yang hanya berada di tempat yang berair seperti laut, sungai, tasik dan lombong. Dipercayai berasal dari ilmu hitam atau makhlus halus yang dibuang ke dalam sungai atau laut dengan menggunakan acak. Hantu ini gemar mengganggu manusia yang memancing di waktu malam dan nelayan di laut. Ia akan menjelma dengan pelbagai rupa bentuk yang menakutkan malah kadang-kadang akan menjelma manjadi ikan tangkapan pemancing.
Suka mengusik atau mengganggu manusia dan amat bahaya kepada manusia. Jika kamu tersentuh atau disentuh oleh hantu air, dipercayai kamu akan menjadi lumpuh.
Suka mengusik atau mengganggu manusia dan amat bahaya kepada manusia. Jika kamu tersentuh atau disentuh oleh hantu air, dipercayai kamu akan menjadi lumpuh.
[4] Hantu Langsuir
Hiasan |
Pada zaman dahulu, mengikut kepercayaan bangsa melayu, jika perempuan mati sejurus (atau selepas) melahirkan anak pertama, beliau akan menjadi hantu langsuir. Kemungkinan mempunyai persamaan dengan hantu kepercayaan negara Indonesia iaitu sundel bolong. Hantu langsuir adalah sejenis hantu penghisap darah manusia dan di antara yang paling aktif mengganggu di waktu malam. Tidak hairan lah mengapa hantu ini adalah di antara yang paling ditakuti manusia pada waktu itu.
Keupayaan hantu ini adalah mampu berubah menjadi perempuan cantik dan menggoda mana-mana lelaki untuk mengikutinya sebelum membunuh dengan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan.
Keupayaan hantu ini adalah mampu berubah menjadi perempuan cantik dan menggoda mana-mana lelaki untuk mengikutinya sebelum membunuh dengan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan.
[3] Hantu Jepun
Hiasan |
Hantu jepun dikaitkan dengan askar Jepun yang menakluk Tanah Melayu (Malaysia) pada perang dunia ke-dua. Sering muncul di lokasi yang pernah menjadi markas tentera mereka seperti di sekolah-sekolah British, antaranya High School dan Convent. Hantu-hantu Jepun ini biasanya akan berkawat secara berkumpulan dengan memakai pakaian seragam tentera Jepun zaman itu lengkap dengan senapang atau pedang samurai dan tidak berkepala atau memegang kepala mereka sendiri.
Kebanyakkan mangsa akan menjadi histeria apabila terserempak dengan hantu Jepun ini kerana mangsa-mangsa adalah dari golongan perempuan dan lemah semangat. Hantu Jepun ini juga di katakan sering dilaporkan kelihatan di negara Singapura.
[2] Hantu Kum-kum
Hiasan |
Sumber gambar
[1] Hantu Puntianak
Hiasan |
Puntianak tidak banyak bezanya dengan langsuir dari asal-usul, fizikal, dan jantinanya. Apa yang membezakannya adalah di saat kematiannya. Jika langsuir, perempuan tersebut mati selepas malahirkan anak pertama, tetapi puntianak pula akan menjelma jika mati ketika masih mengandungkan anak pertama.
Puntianak hanya akan mengganggu golongan lelaki sahaja dan akan menjelma menjadi perempuan cantik untuk menggoda. Selain itu terdapat jugak mitos mengatakan bahawa jika ada lelaki yang berjaya memaku di belakang tengkuknya, puntianak tersebut akan berubah menjadi perempuan yang cantik dan boleh memperisterikannya dengan syarat jangan pernah mencabut paku tersebut jika tidak ia akan berubah menjadi puntianak kembali.
Puntianak hanya akan mengganggu golongan lelaki sahaja dan akan menjelma menjadi perempuan cantik untuk menggoda. Selain itu terdapat jugak mitos mengatakan bahawa jika ada lelaki yang berjaya memaku di belakang tengkuknya, puntianak tersebut akan berubah menjadi perempuan yang cantik dan boleh memperisterikannya dengan syarat jangan pernah mencabut paku tersebut jika tidak ia akan berubah menjadi puntianak kembali.
0 Comments:
Post a Comment