8 Teori Selebriti Barat

Sebagai seorang selebriti terkenal kehidupan mereka tidak akan lengkap jika tidak di selubungi dengan kisah misteri, kehidupan parti liar, perkahwinan singkat atau kehidupan seks dan pelbagai lagi.

Berikut adalah 15 teori bermula dari yang bercita-cita tingi hinggalah yang tertanam di bawah tanah, dan kami tidak bermaksud apa-apa, hanyalah sebagai hiburan semata-mata. Enjoy!


[1] Beyonce dan Solange



Teori: Beyonce dan adik perempuannya Solange, yang lima tahun lebih muda daripada beliau, sebenarnya adalah ibu dan anak. Perkara ini disokong dengan teori bahawa Bey telah berbohong mengenai umurnya, dan fakta bahawa dia sebenarnya adalah lebih tua tujuh tahun daripada usianya yang sebenar.

[2] Beyonce



Teori: Beyonce tidak pernah mengandungkan anaknya Blue Ivy, yang berusia 2 tahun kini. Teori ini mempunyai pelbagai sumber, salah satunya adalah ketika ditemubual di Australia dalam rancangan "Sunday Night HD" dimana "kandungannya" telah terkeluar dari perutnya ketika duduk di kerusi tetamu.

[3] Tom Cruise



Teori: Tom Cruise berfahaman agama Scientology dan merupakan ahli pertubuhan itu, semua orang tahu mengenainya. Teori bahawa pihak gereja telah melakukan temuduga bagi mencari pasangan hidup yang sesuai untuk Tom. Ini adalah kaedah yang di gunakan kepada bekas isterinya Katie Holmes, dan pihak gereja juga telah pun menemuduga Scarlett Johansson bagi mengisi kekosongan itu.

[4] Robert Kardashian dan Khloe Kardashian





Teori: Robert Kardashian bukan bapa kepada Khloe, kerana isterinya, Kris mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain semasa mereka masih berkahwin. Khabar angin yang tersebar mengatakan bahawa O.J Simpson adalah bapa kandung Khloe yang sebenar.

[5] Elvis Presley



Teori: Kehidupan seorang rockstar sebesar nama Elvis telah mewujudkan banyak teori konspirasi, tetapi antara yang popular adalah beliau di katakan tidak mati dan telah memalsukan kematiannya agar dapat bersara dan berehat dengan tenang tanpa gangguan. Satu lagi teori mengatakan Elvis tidak mati di sebabkan berlebihan mengambil dadah tetapi kerana penyakit sembelit yang kronik. Jika Elvis mengikut nasihat daripada doktor untuk menjalani kolostomi, dia pasti masih berada di sini untuk menghiburkan peminatnya.

[6] Paul McCartney dan Faul McCartney



Teori: Kali ini kisah yang kembali kepada lima dekad yang lalu -- Paul McCartney yang sebenar telah mati di dalam satu kemalangan kereta dan telah digantikan dengan seorang lelaki yang telah memenangi satu pertandingan wajah seiras Paul, iaitu William Campbell. Dia kemudiannya telah di gelarkan sebagai Faul, "Fake Paul." Bukti kepada teori ini boleh di dapati di dalam lirik lagu Beatles pada album Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band.

[7] Jamie Lee Curtis



Teori: Jamie Lee Curtis adalah seorang khunsa, dari segi genetik dia adalah seorang lelaki tetapi mempunyai sisi lain sebagai wanita. Teori ini di perkuatkan lagi dengan fakta beliau lebih rela mengambil anak angkat daripada mengandung.

[8] Marilyn Monroe



Teori: Marilyn Monroe sebenarnya tidak mati disebabkan oleh berlebihan dos tetapi telah dibunuh kerana hubungan sulitnya dengan Kennedy. Beliau dibunuh samada oleh ejen CIA atau kumpulan Mafia yang diupah kerana Monroe telah mengetahui begitu banyak rahsia kerajaan.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top