7 Filem Yang di Tunggu Tahun 2016

Walaupun masih lagi jauh untuk tahun 2016, tetapi penggiat-penggiat filem di Hollywod sudah mengumumkan tarikh tayangan filem masing-masing...

Walaupun masih lagi jauh untuk tahun 2016, tetapi penggiat-penggiat filem di Hollywod sudah mengumumkan tarikh tayangan filem masing-masing.


DC Comic dan Marvel berlumba menerbitkan filem yang jarang kita lihat di pawagam, dengan menampilkan gabungan pelbagai superhero di dalam satu filem. Di antara gabungan yang bakal kita saksikan adalah, Batman vs Superman, Ironman vs Captain America, dan Suicide Squad di mana pihak penerbitan menjanjikan kepuasan tahap maksima kepada para penonton.

Kepada kamu semua yang masih belum lagi mengetahui filem apakah yang akan muncul di pawagam pada tahun 2016, aku senaraikan 7 filem yang bakal meletup!


[1] Warcraft - Mac



Kebiasaannya tiada sebab untuk kita teruja kepada filem yang diadaptasi daripada permainan video, tetapi Warcraft adalah berbeza.

Duncan Jones dipilih untuk mengarahkan filem ini yang sememangnya telah terbukti menerusi genre sci-fi antaranya 'Moon' dan 'Source Code,' di mana membuatkan kita akan mempercayai bahawa Warcraft boleh menjadi sebuah filem permainan video yang benar-benar menarik dan berkualiti.


[2] The Conjuring 2: The Enfield Poltergeist - Jun



Pengarah filem bernama James Wan yang sebelum ini bersumpah tidak akan mengarah genre seram, akan menelan kembali kata-katanya setelah beliau bersetuju untuk duduk di kerusi pengarah untuk sekuel filem ini.

Bagi peminat filem seram dan hantu, sudah pasti mereka tidak sabar untuk menontonnya kerana karya baru dari pengarah tersebut amat dinantikan.


[3] Captain America: Civil War - Mei



Adakah filem ini sesuai diberi tajuk Iron Man vs Caiptain America? Bagaimana para peminat tidak akan teruja dengan filem ini?

Civil War akan melihatkan dua watak hero Amerika Avengers ini akan bertembung seperti jalan cerita yang diambil daripada komik. Jika sumber ini benar, maka sudah tentu kita akan menyaksikan pertembungan yang dasyat.


[4] X-Men: Apocalypse - Mei



Pengarah Bryan Singer telah menampilkan merentasi masa sebagai jalan cerita utama di dalam filem X-Men: Days of Future Past, kebanyakkan peminat tidak sabar menantikan kesinambungan seterusnya di dalam Apocalyps.

Pihak produksi telah menjanjikan sesuatu yang besar bagi siri yang seterusnya X-Men: Apocalyps, dan Bryan Singer dikekalkan sebagai pengarah, apakah beliau mampu menjadikan filem ini seperti yang dikehendaki oleh pihak produksi.


[5] Batman VS Superman: Dawn of Justice - Mac



Boleh dikatakan sebagai sebuah filem terbesar pada 2016, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang filem Batman VS Superman: Dawn of Justice ini yang dijangka akan ditayangkan pada bulan Mac.

Sudah pasti peminat dan pengikut kepada dua superhero ini tidak sabar untuk melihat mereka di pawagam beraksi bersama menentang kejahatan yang mengancam bumi.


[6] Suicide Squad



Melihat kepada barisan pelakon yang membintangi filem ini (Will Smith, Margot Robbie, Jared Leto, Viola Davis, dll.) aku pasti kamu semua akan berbaris di pawagam untuk menontonnya, malangnya filem ini masih lagi tiada tarikh tayangan.

Filem yang akan menyaksikan kemunculan semula The Joker (Jared Leto), dan David Ayer sebagai pengarah, pasti Suicide Squad akan menjanjikan yang terbaik untuk peminat.


[7] Bourne 5 - Julai



Masih lagi belum mempunyai tajuk yang khusus, filem kelima Jason Bourne ini akan menampilkan kembali bintang francais filem berkenaan, iaitu Matt Damon bersama pengarah Paul Greengrass.

Para peminat kepada filem ini telah memainkan peranan dengan mendesak pihak produksi agar dua nama besar itu kembali menerajui filem sekuel Jason Bourne kelima ini.

COMMENTS

Name

#BestBlogToRead,1,AlexEnder,1,Animals,1,aplikasi,1,apple,1,Armageddon,1,Bizarre,2,blogstim.com,1,bolasepak,3,Conspiracy Theories,1,filem,4,gear,2,googleapps,1,Hahaha,1,hantu,5,hiburan,1,I'm Weird,2,jamtangan,1,jenayah,2,kembaramasa,1,kereta,2,klasik,1,komuniti,7,konspirasi,5,kotalangit,1,lebuhraya puaka,1,luar biasa,1,misteri,7,multilevel,1,Mysteries,1,mystic,50,No Conspiracy Here,1,pena hitam,2,permotoran,2,perniagaan,1,psy,1,rumah terbalik,1,seni,1,seram,1,skyhigh,10,sukan,4,supermanvbatman,1,teknologi,3,trailer,1,video,9,War,1,wayang,3,
ltr
item
Red Mafla: 7 Filem Yang di Tunggu Tahun 2016
7 Filem Yang di Tunggu Tahun 2016
http://4.bp.blogspot.com/-QFimtUDRHVs/VMsF-FB65hI/AAAAAAAAB6s/QQFC5bRRFHw/s640/warcraft.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-QFimtUDRHVs/VMsF-FB65hI/AAAAAAAAB6s/QQFC5bRRFHw/s72-c/warcraft.jpg
Red Mafla
http://redmafla.blogspot.com/2015/01/7-filem-yang-di-tunggu-peminat-tahun.html
http://redmafla.blogspot.com/
http://redmafla.blogspot.com/
http://redmafla.blogspot.com/2015/01/7-filem-yang-di-tunggu-peminat-tahun.html
true
3140307964211082744
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy