8 Rumah Terbalik Yang Menakjubkan di Seluruh Dunia


Selama ini kita hanya melihat rekabentuk rumah yang biasa sahaja. Jika ada yang luar biasa pun hanya lah menjurus kepada konsep rumah yang bumbung di atas. Pernahkah kita melihat rumah yang bumbungnya di bawah? Tentulah tidak, tetapi kamu boleh melihatnya secara 'live' di depan mata kamu dan merasai sendiri pengalaman apabila berada di dalam rumah terbalik ini di seluruh dunia, malah di negara kita, Malaysia, juga terdapat sebuah rumah yang terbalik.

[1] Szymbark, Poland


Rumah terbalik ini terletak di 'Centre for Education and Regional Promotion' di Szymbark, Poland, dan rumah ini dibuka kepada pengunjung untuk merasai pengalaman berjalan di dalamnya. Semua kelengkapan dan perhiasannya adalah 'tergantung dari lantai' dan sudah pasti agak keliru sedikit untuk kamu menjelajahnya. Rumah ini di katakan dibina bagi simbol kepada kejatuhan kerajaan komunis di Poland.





Sumber


[2] Clifton Hill, Canada


Selain daripada melawat air terjun Niagara yang terkenal di dunia itu, pelancong juga tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Clifton Hill bagi merakam kenangan di rumah terbalik di situ.







[3] Terfens, Austria


Agak menakjubkan apabila rumah terbalik ini direka dan dibina seolah-olah ianya telah dilanda taufan (konon rumah itu terbalik disebabkan taufan). Ianya adalah tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Austria. Direka oleh dua arkitek iaitu Irek Glowacki dan Marek Rozhanski. Apa yang lebih menarik adalah kelihatan sebuah kereta yang diletakkan terbalik di dalam 'garage'.







[4] German island of Usedom


Dari reka binaan hinggalah kepada hiasan dalaman ia dibina dengan terbalik. Dibina oleh dua orang kantraktor dari Polish bernama Klaudiusz Golos dan Sebastion Mikuciuk, di mana mereke juga adalah pereka kepada rumah terbalik ini. Rumah ini adalah bertujuan sebagai bahan pameran dan tarikan pelancongan di mana ianya adalah satu kelainan.







[5] Getorff, Germany


Tiga orang tukang kayu bernama Gerhard Mordhorst, Gesellse Splettstößer dan Manfred Kolax, telah membina rumah terbalik ini untuk seorang lelaki bernama Dirk Oster, sebagai salah satu tarikan kepada zoo tempatan di situ. Rumah yang mempunyai ketinggian 23 kaki ini dibina dengan segala kelengkapan di dalamnya dengan kedudukan yang terbalik.







[6] Gilsang Myeon, Korea


Seorang bekas pereka pakaian bernama, Jeon Yong-sun, 52 tahun, telah mereka sendiri rumahnya yang terbalik ini. Apa yang menarik beliau juga telah meletakkan sebuah jip yang terbalik di hadapan rumahnya itu. Beliau juga berkata mereka rumah tidak jauh bezanya dengan mereka pakaian.






[7] Phuket, Thailand


Rumah terbalik di Phuket ini kelihatan seperti rumah mainan kerana kombinasi warnanya bersama 'pink' menambahkan kecantikan rumah ini. Seperti kata salah seorang pengunjung di situ, otak kamu akan merasa keliru untuk kali pertama melangkah di dalamnya dan perlahan-lahan akan menerima fakta bahawa kamu sedang berdiri di atas siling yang terbalik.







[8] Sabah, Malaysia


Segala-galanya dari bumbung hingga ke lantai semuanya terbalik. Juga kelihatan sebuah kereta Kancil yang diletakkan secara terbalik. Dibangunkan oleh seorang hartawan bernama Alexander Yee, rumah ini telah menjadi tarikan pelancong ke negeri Sabah, terutamanya di Tamparuli di mana rumah ini terletak. Manakala kos pembinaannya pula adalah sebanyak RM500,000.





Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top